Sejarah Borneo Utara

Templat:Sejarah BruneiSebelum wilayah timur Borneo utara diserahkan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu sebagai tanda penghargaan kerana membantu Brunei dalam perang saudara yang berlaku di Brunei, khususnya dalam semua wilayah yang ditakluki oleh Empayar Brunei.[1][2]

Pulau Balambangan

Pada tahun 1761, pegawai di Syarikat Hindia Timur Inggeris, Alexander Dalrymple berjaya memeteraikan perjanjian dengan Sultan Sulu bagi membolehkan penguasaan syarikat di Pulau Balambangan, terletak kira-kira 51 km diluar pesisir pantai Kudat yang dikenali sebagai Felicia oleh British. Sebuah pelabuhan bebas telah ditubuhkan disitu sebagai entreport terpenting di wilayah Asia timur, lebih-lebih lagi bagi perdagangan Inggeris-China.

Walaubagaimananpun, pelabuhan tersebut telah gagal menempakan kejayaan jangka panjang, berikutan serangan berterusan pihak lanun dan British telah meninggalkan pulau tersebut pada 1805.

Labuan

Minat British terhadap Borneo Utara dihidupkan semula selepas tempoh 40 tahun khususnya Labuan, sebuah pulau yang terletak di sebelah barat laut Borneo. Pada 1844, James Brooke berunding dengan Sultan Brunei tentang penyerahan pulau Labuan untuk digunakan oleh British sebagai tempat melombong batu arang di samping menjadikan satu pangkalan untuk membenteras kegiatan lanun serta meningkatkan perdagangan.

Pada 18 Disember 1846, satu perjanjian telah ditandatangani yang menyebabkan Pulau Labuan dan pulau-pulau kecil yang berhampiran diserahkan buat selamanya oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II kepada pihak British.[3] Brooke telah menjadi Gabenor Labuan yang pertama dan Konsul Besar di Borneo. William Napier dilantik menjadi Timbalan Gabenor, Sir Hugh Low sebagai Setiausaha Kolonial dan Spencer St. John sebagai setiausaha sulit kepada Brooke. Labuan tidak mampu berkembang seperti mini Singapura atau Pulau Pinang, seperti yang diharapkan oleh pengasasnya.

Iklim yang tidak memuaskan, serangan malaria dan kekurangan kemudahan asas telah menjadi faktor penghalang kepada pembangunan pulau tersebut. Rentetan sejarah Labuan boleh dilihat daripada pelbagai perubahan pentadbirannya. Pada tahun 1890, Labuan telah diletakkan di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Pada 1907, ia diletakkan di bawah kerajaan Negeri-negeri Selat. Selepas Perang Dunia Kedua, Labuan menjadi sebahagian daripada jajahan Borneo Utara. Kemudian pada 16 April 1984, Labuan telah menjadi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan Malaysia.